Khamis, 1 November 2012

Duit Syiling Peringatan "Songket - Seni Warisan Agung" (Coin Card)


Duit syiling peringatan "Songket - Seni Warisan Agung", di inspirasikan daripada usaha promosi yang dimulakan oleh Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmood.


Terdapat tiga motif popular yang biasa digunakan pada Songket iaitu:


CORAK BUNGA KETOLA
Motif ini popular suatu masa dahulu dan selalunya terdapat pada reka corak tepi kain sarung. Motif Bunga Ketola ini mengandungai bunga dengan beberapa helai daun yang telah dihubungkan. Ia diulangi untuk membentuk corak tepi kain songket yang cantik dan halus.




 
CORAK TAMPUK KESEMAK
Motif ini mengambil nama sempena 'Buah Kesemak' atau juga dikenali sebagai 'Buah Pisang Kaki'. Corak ini begitu unik dan menarik. Di Sarawak, ia juga di kenali sebagai 'Bunga Tampuk Pedada'.

CORAK BUNGA BINTANG
Motif ini mempunyai lapan kelopak yang tajam dengan motif besar di bahagian tengahnya yang dikenali sebagai 'Bunga Ladu'. Di Sarawak ia juga dikenali sebagai 'Bunga Tapak Sulaiman'.





Syiling Songket Seni Warisan Agung - Depan


Syiling Songket Seni Warisan Agung - Belakang
Kod:00.53
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM20 - RM45.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan