Jumaat, 16 November 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Grand Prix F1 Petronas Malaysian Pertama 1999


Litar F1 Sepang, Malaysia yang terletak 3.5km ke Timur Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) merupakan litar sukan bermotor yang terbaru di negara ini. Litar tersebut telah dirasmikan pada 9 Mac 1999 oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Litar berteknologi tinggi ini merupakan satu-satunya litar di dalam dunia yang diberi penghormatan untuk menggunakan logo Formula-1 pada namanya.


Litar sepanjang 5.542km ini adalah yang pertama di dunia yang mempunyai astaka berbuka depan berkembar di tengah trek lumba. Astaka ini sahaja dapat menampung sehingga 30,000 penonton, manakala tempat duduk biasa dan mudah alih dapat menampung 100,000 peminat sukan bermotor. Astaka dua tingkat ini mempunyai 18 Petak Korporat, 22 Pentas Korporat dan 42 Pondok Pengulas. Struktur berbuka depan berkembarnya yang unik ini membolehkan dua acara diadakan serentak.


Terletak di hujung selekoh tajam ialah Menara Kanopi yang cantik dengan senibina yang unik. Inilah julung kalinya di dunia, seseorang mampu menyaksikan sesuatu perlumbaan dari kawasan tontonan dari saat mula hingga akhir.

Litar ini juga mempunyai 15 selekoh dan 8 bahagian lurus. Bahagian lurus yang terpanjang ialah 0.927km di mana para pelumba dapat memandu sehingga kelajuan 300km/j.

Syiling Peringatan Sempena Grand Prix F1 Petronas Malaysian Pertama 1999 - Depan

Syiling Peringatan Sempena Grand Prix F1 Petronas Malaysian Pertama 1999 - Belakang
Kod:00.023
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM320 - RM360. Syiling peringatan ini adalah antara yang termahal memandangkan ia agak sukar diperolehi.


2 ulasan:

  1. xnk jual ke? shahrul_azwe_83@yahoo.com.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, bukan untuk dijual tetapi hanya sekadar berkongsi.

      Padam