Pada 29 Ogos 1987, Bank Negara Malaysia telah melancarkan 3 jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-30. Syiling peringatan ini dikeluarkan menggunakan logam emas, perak dan tembaga-zink dimana setiap jenis dikeluarkan dalam bentuk peruf dan bukan peruf.
Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan
1. Duit Syiling Peringatan Emas
Duit syiling ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan .900 (90%) seberat 7.43 gram setiap keping dan mempunyai nilai muka RM250. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula kuantiti tempaan adalah terhad kepada 5,000 keping sahaja.
2. Duit Syiling Peringatan Perak
Duit syiling ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .500 (50%), seberat 10.82 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM10. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 10,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula didatang dalam kad syiling biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 50,000 keping sahaja
3. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Zink
Duit syiling ini diperbuat dari logam tembaga, zink dan timah, seberat 9.00 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 20,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula, kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000,000 keping sahaja.
Syiling-syiling peringatan ini juga di dalam set peruf 3 dalam 1 mengandungi syiling peringatan peruf emas (RM250), syiling peringatan peruf perak (RM10) dan syiling peringatan peruf tembaga-zink (RM1) dimana kuantiti tempaan adalah terhad kepada 2,500 set sahaja. Kesemua syiling ini telah ditempa oleh Singapore Mint.
Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:
Duit Syiling Peringatan Sempena
Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-30
Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-30
Spesifikasi Teknikal
Jenis
|
Tembaga-Zink
|
Perak
|
Emas
|
|||
Kandungan Logam
|
Tembaga 84%
Zink 12%
Timah 4%
|
Perak 50%
Tembaga 40%
Nikel 5%
Zink 5%
|
Emas 90%
|
|||
Diameter
|
24.5 mm
|
27.7 mm
|
25.25 mm
|
|||
Berat
|
9.00 gram
|
10.82 gram
|
7.43 gram
|
|||
Ketebalan
|
2.7 mm
|
2.31 mm
|
1.35 mm
|
|||
Klasifikasi
|
Peruf
|
Bukan Peruf
|
Peruf
|
Bukan Peruf
|
Peruf
|
Bukan Peruf
|
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
|
20,000
|
1,000,000
|
10,000
|
50,000
|
1,000
|
5,000
|
Boleh juga didapati dalam set
|
Klasifikasi
|
Jumlah Tempaan Dibenarkan
|
||||
Set 3 dalam 1
Duit Syiling Emas, Perak dan Tembaga-Zink
|
Peruf
|
2,500
|
Rekabentuk Duit Syiling
Rekabentuk hadapan bagi ketiga-tiga syiling hampir sama dimana ia mengandungi bintang berbucu 14 di bahagian atas syiling dan perkataan "30 TAHUN MERDEKA" tahun "1957-1987" di bahagian bawah syiling. Gambaran di bahagian tengah syiling itu sahaja yang berbeza dan memberi identiti tersendiri bagi setiap syiling. Bagi syiling emas, di bahagian tengah syiling tertera bangunan Masjid Negara dan Parlimen Malaysia dengan keris bersilang di atas bangunan tersebut bagi menggambarkan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi negara. Syiling perak pula tertera pelantar minyak, kereta nasional Proton, bangunan Dayabumi dan Jambatan Pulau Pinang bagi menggambarkan pembangunan negara selama 30 tahun. Sementara syiling tembaga-zink pula terpamir 30 ekor burung merpati yang terbang bebas menggambarkan 30 tahun negara memperoleh kemerdekaan dan kebebasan.
Rekabentuk belakang pula adalah sama bagi ketiga-tiga syiling dengan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" di letakkan di belah atas syiling, Jata Negara di letakkan di bahagian tengah syiling sementara nilai muka syiling diletak di bahagian bawah syiling.
Syiling Perak Bukan Peruf - Depan |
Syiling Perak Bukan Peruf - Belakang |
Kod:00.06
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan perak bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM40 - RM55.
Syiling Tembaga-Zink bukan peruf - Depan |
Syiling Tembaga-Zink bukan peruf - Belakang |
Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan tembaga-zink bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM20 - RM30.